Blogger Backgrounds
Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Tuesday, 27 December 2011

sayangnya Rasulullah kepada kita .

assalamualaikum semua .

amacam ? sihat ?

kalau sihat , ucap alhamdulillah . dan kalau tak berapa sihat , bersabarlah serta bersyukurlah kerana Allah menyayangi kita dan masih menguji keimanan kita kepadaNya .

dah lama jari-jemari tak menaip kat belog nih . tak ada idea . kalau tulis nanti , keluar fakta-fakta yang auta pulak . haha .

tadi hambo tergerak untuk menjengah youtube . tiba-tiba terpandang video nih .


allahuakbar .. ! begitu sayangnya nabi s.a.w kepada kita .. =")

sanggup baginda berhenti di atas titian sirat bagi membantu umatnya yang tergantung di sirat !

tiba-tiba hati hambo terdetik . sayangkah kita kepada nabi kita ? Nabi Muhammad S.A.W .

kita lupa pada nabi sedangkan nabi ingat kepada kita , nabi sayang akan umatnya yang baginda belum pun kenali .

Subhanaallah ! begitu penyayang jiwa nabi Muhammad S.A.W. !

Teringin rasanya hendak terus mendengar nasihat-nasihat serta pesanan baginda . Teringin hendak melihat dunia akhir zaman di bawah pimpinannya . teringin hendak melihat kebangkitan Islam . Teringin hendak melihat anak-anak muda mahupun yang tua melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar dengan sempurna . teringin benar melihat semangat jihad membara dalam diri kita semua . teringin . teringin sangat nak berjumpa rasulullah S.A.W !

hmmm..

memang sudah akhir zaman . umat rasa teringin hendak berjumpa Rasulullah S.A.W. kan ?

kadang2 ada juga hambo terpikir , bagaimana pula  kita nak menunjukkan kasih sayang kita kepada nabi Muhammad s.a.w ?

salah satu cara untuk membuktikan cinta kita kepada Rasulullah S.A.W. adalah dengan melakukan sunnah baginda . =)

InsyaAllah . kita mampu . lakukan sedikit demi sedikit secara istiqamah .

Ya Allah ! kuatkanlah kami semua agar kami mampu untuk beristiqamah dalam setiap amalan kebaikan yang kami kerjakan . Amin . 


berakhir sudah corat-coret untuk kali nih.
jom kita sudahi pembacaan entri hambo ini dengan selawat kepada nabi S.A.W . 
kerana sesungguhnya..







Assalamualaikum .

~little steps big changes

Sunday, 13 November 2011

assalamualaikum..

ya..

memang..memang..memang...
memang betoiii cek dah lama tidak menghupdate beloggg!!!!!
wuhhuuu..hanya meninggalkan post mengenai jellyfish untuk tatapan umum *ayat formal*

dan kini cek sudah kembali!!!!!!!!!!!!!  *who cares?*

ouh okla..kita mulakan post ini dengan review sikit-sikit..

first sekali..
account facebook saya dibiarkan menyepi seketika.. *deactivate*--dah activate balik
yo la.. sedang dalam tempoh "rehab" nak hilangkan katagihan internet..hoho..
dan kini hanya aktif di laman belogg dan youtube.. *rehab konon*

second ..
esok (isnin) sudah SPM you olllssss...
hahah..berdebar pulokkk..err..anyway gudluck ya to all spm candidates!!!!!!!!!!!
insyaAllah..you all can do it..always always remember Allah..because after all of your hard work .. Allah is the only one who can help you.. =]



third...
cek and the geng (kumpulan stabilo exam grade) dapat naib johan dalam game bola jaring kat sekolah you alllllssss...



ni pulak gambar cek..


*konon hebatt*
masa nih tengah dok sembang ngan GK group lawan..haha..

haha..our victory is not 100% my effort.. derrr...ada jugak GA yang hebattt macam hawa and GS lagi satu.. MAHEERAH..depa style..kalau tangan cek x berapa nk boleh nk shoot ..depa back up memang sempoi la..kalau aku xda pon xda effect kut..haha..yo la..sebab mostly depa dua yang shoot <3

team stabilo exam grade nih jugak best..ada chemistry..saya suka saya suka!!walaupun dapat naib johan ja..im sure that this is the best memory sebelum kami semua berpindah ke sekolah baru..huwaaa..

tapi yang paling penting.. Allah yang memungkinkan kami pergi sejauh ni.. Alhamdulillah..
=']

and the last thing is..

tarikh yang cantikk...tapi meninggalkan seribu satu duka..
cerita kemalangan j/raya di behrang..
melibatkan pelajar sekolah menengah air merah di kulim, kedah..
masa tuu on d way pi kl..tapi malang x berbau...
salah satu bas yang bawa rombongan pelajar tuh terbabas..
tak berakhir kat situ... masa semua mangsa merangkak keluar dari bas..ada lori treler bawa pasir pulak rempuh bas tuh ...

dan 4 nyawa terkorban..2 pelajar..seorang guru..dan seorang lagi orang awam yg terkorban semasa nk tolong...

kpd sapa yang tak tau pasal berita nih lagi boleh klik sini

tiba2...rasa macam ajal tu sangat dekat kan?
tapi bersedia kah kita?
bersediakah aku?

.......

apa pun..mari kita sedekahkan Al-Fatihah dan jika boleh sedekahkan juga bacaan Yassin kepada mangsa yang terkorban ya..semoga roh mereka dicucuri rahmat dan dijauhkan dari siksa kubur dan azab api neraka..

amin...

alhamdulillah..mereka meninggal pada hari jumaat yang mulia.. =]

assalamualaikum..

~little steps big changes~

Sunday, 16 October 2011

 
Bismillahirrahmanirrahim..

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, ...memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan berseorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).


Dia pun tanya perogol itu

Why dont you do anything to me on that night even though you know that I'm alone??
Perogol tu jawab: No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.
Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.


MORAL CERITA INI:

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab?selalulah amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level ?iman? kita sekarang ini. Wassalam.

Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin ?Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya.semoga anda semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat.sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA.semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam??.

-----------------------------------------------------------------------------------


Sebarkan kepada rakan-rakan anda :)

❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


Sumber : Portal Islam Murabbi
 
 
~little steps big changes