Blogger Backgrounds

Tuesday 27 December 2011

sayangnya Rasulullah kepada kita .

assalamualaikum semua .

amacam ? sihat ?

kalau sihat , ucap alhamdulillah . dan kalau tak berapa sihat , bersabarlah serta bersyukurlah kerana Allah menyayangi kita dan masih menguji keimanan kita kepadaNya .

dah lama jari-jemari tak menaip kat belog nih . tak ada idea . kalau tulis nanti , keluar fakta-fakta yang auta pulak . haha .

tadi hambo tergerak untuk menjengah youtube . tiba-tiba terpandang video nih .


allahuakbar .. ! begitu sayangnya nabi s.a.w kepada kita .. =")

sanggup baginda berhenti di atas titian sirat bagi membantu umatnya yang tergantung di sirat !

tiba-tiba hati hambo terdetik . sayangkah kita kepada nabi kita ? Nabi Muhammad S.A.W .

kita lupa pada nabi sedangkan nabi ingat kepada kita , nabi sayang akan umatnya yang baginda belum pun kenali .

Subhanaallah ! begitu penyayang jiwa nabi Muhammad S.A.W. !

Teringin rasanya hendak terus mendengar nasihat-nasihat serta pesanan baginda . Teringin hendak melihat dunia akhir zaman di bawah pimpinannya . teringin hendak melihat kebangkitan Islam . Teringin hendak melihat anak-anak muda mahupun yang tua melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar dengan sempurna . teringin benar melihat semangat jihad membara dalam diri kita semua . teringin . teringin sangat nak berjumpa rasulullah S.A.W !

hmmm..

memang sudah akhir zaman . umat rasa teringin hendak berjumpa Rasulullah S.A.W. kan ?

kadang2 ada juga hambo terpikir , bagaimana pula  kita nak menunjukkan kasih sayang kita kepada nabi Muhammad s.a.w ?

salah satu cara untuk membuktikan cinta kita kepada Rasulullah S.A.W. adalah dengan melakukan sunnah baginda . =)

InsyaAllah . kita mampu . lakukan sedikit demi sedikit secara istiqamah .

Ya Allah ! kuatkanlah kami semua agar kami mampu untuk beristiqamah dalam setiap amalan kebaikan yang kami kerjakan . Amin . 


berakhir sudah corat-coret untuk kali nih.
jom kita sudahi pembacaan entri hambo ini dengan selawat kepada nabi S.A.W . 
kerana sesungguhnya..







Assalamualaikum .

~little steps big changes

1 comment: